Friday, December 12, 2008

2nd Year in UPM

Tahun: 2006 & 2007

Apartment 551 Kolej 10


Apartment ini memang kemas, maka tidak hairanlah Piala Pusingan Apartment Terbersih Kolej 10 kekal ditangan penghuninya. Komputer beliau dalam proses upgrading. Tak lama lagi komputer beliau akan jadi supercomputer.


EE Games '06


Electrical Engineering Games adalah acara tahunan yang melibatkan perlawanan sukan antara tahun 1,2,3 dan 4. Acara yang dipertandingkan ialah futsal jejaka, futsal gadis dan bola tampar campuran.



Merdeka '06


Sambutan kemerdekaan diraikan dengan semangat inkuiri dan patriotik. Tiada sebarang kekecohan dilakukan oleh mereka.



Jamuan Kelas '06


Jamuan ini untuk semua warga EE 2nd year. Lepas makan setiap kumpulan kena buat persembahan yang merapu. Persembahan serius tak dibenarkan.



Raya Rumah Mardiah '06


Gambar di atas menunjukkan betapa peritnya 7 orang dewasa menaiki kereta sedan En. Spam. Seorang driver, 2 orang di sebelah driver dan 4 orang di belakang. Kereta tak ada air-cond pulak tu. Nak dijadikan cerita, hari hujan lebat la pulak. Panas macam dalam oven (panas lagi kat neraka). Pastu dandan la pulak, minyak nak habis. Dahsyat sungguh dugaan-Mu.



Jamuan Raya BKEE '06


Budak-budak kat atas ni paling banyak rembat satay. Paling busuk pun seorang makan 15 cucuk. Bayar 5 hengget je pulak tu. Siot la korang.



KL FESPIC Games '06


FESPIC Games membawa maksud Sukan OKU Asia Pasifik. Aku jadi sukarelawan sebagai AJK pengangkutan. Kerja kat Hotel Summit, USJ. Sehari dapat 30 hengget, tido free, makan free kat hotel tu. Kalau makan kat hotel tu korang faham-faham la tahap kelazatannya. Makan la banyak mana pun. Kerja 10 hari je. 10 hari darab 30 hengget sama dengan berapa? Tak ke 300 ribu hengget..! Kayo pakcik.



Banjir di Johor


Misi membantu mangsa banjir di Pagoh merupakan satu tugas amal. Mereka membantu dengan rela hati, tulus ikhlas dan niat suci tanpa mengharapkan merit untuk stay college mahupun untuk berkenal-kenalan dengan gadis-gadis kolej lain.



Engineering Games '07


Setiap course mengikut tahun 1-4 akan menghantar wakil dalam perlawanan bola sepak. Pasukan EE 2nd Year berjaya memenangi Anugerah Jersi Terbaik walaupun sekadar melayakkan diri ke suku akhir sahaja.



Putrajaya Power Station


Lawatan ke Putrajaya Power Station ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang operasi penjanaan elektrik dengan lebih dekat. Stesen ini menggunakan gas asli untuk menjana elektrik. Ramai orang tak faham macam mana elektrik dijana menggunakan petroleum. Yang mereka tau elektrik dijana dengan cara empangan hidro. Walhal 6.2% je elektrik dijana dari hidro. 72.8% dari gas asli, 16.3% dari arang batu, 4.0% dari petroleum dan 0.7% dari biomass.


Stesen Hidroelektrik
- air berarus deras dialirkan ke satu saluran
- aliran ini akan memutarkan turbin
- turbin akan membuat pemotongan flux
- elektrik akan terjana

Stesen Termal (gas, arang batu & petroleum)
- bahan api dibakar untuk mendidihkan air
- wap air akan terhasil
- wap air (tekanan tinggi) akan mengalir lalu memutarkan turbin
- turbin akan membuat pemotongan flux
- elektrik akan terjana

1st Year in UPM

Aku dapat Bacelor Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (BKEE), UPM Serdang. 50 minit je dari rumah dengan halaju malar 90 km/j.
Kediaman: Kolej 10
Bilik: 709
Tahun: 2005/2006

Fakulti Kejuruteraan UPM


Gambar kat atas ni adalah pemandangan Fak. Kejuruteraan dari Kolej Kediaman ke-10. Depan kolej aku je. Pergi kelas jalan kaki.



Coursemate aku, Tahun 1 Bac. Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, 64 orang semuanya. Pojie takde dalam gambar, ponteng kelas, alasan tangan terpeleot main futsal. Goalkeeper negeri la katakan.

Kolej Kediaman ke-10


Nama kolej ini meniti di setiap bibir gadis-gadis UPM. Kredibiliti, reputasi dan prestasi kolej ini tiada tandingnya. Dengan ketinggian 7 tingkat, kolej ini memegang rekod kolej kediaman tertinggi di IPTA seluruh dunia, yang mana ia dilengkapi 4 buah lif berkuasa kuda 100 bhp. Mampu menampung sehingga 800 pelajar dalam satu-satu masa.


Apartment 709, pernah merangkul Anugerah Bilik Terindah Kolej 10 untuk 2 semester berturut-turut. Meja study di bilik ini sentiasa kemas, menandakan kedua-dua penghuninya tidak pernah study. Atas kejayaan ini, mereka diberikan greencard untuk membawa cerek air.

Merentas Kampus


Pihak UPM menganjurkan acara merentas kampus ini dengan tujuan pelajar perempuan boleh berkenal-kenalan dengan pelajar lelaki.

Majlis Buka Puasa BKEE


Semua muslim BKEE, Tahun 1 - 4 hadir, kecuali dot dot dot. Habis sembahyang tarawih, pelajar akan bermesra-mesra dengan pensyarah, dengan harapan dapat pancing minta naikkan markah.

Ceramah di UIA


Terpaksa mengikuti ceramah di UIA semata-mata untuk mendapatkan merit. Merit konon-kononnya penting untuk stay college pada tahun depan. Takde maknanya..!

Steamboat


Merempit dari Serdang ke Restoren Nelayan Bangi untuk melantak udang.

Berkelah di Sg. Congkak


Sebahagian daripada coursemate aku, buat barbeque ayam, makan macam-macam pastu berendam.

Universiti Perempuan Malaysia


Ramai sungguh gadis-gadis cumil di UPM. Tapi, ingat kembali apa tujuan mak ayah hantar kita belajar di universiti. Tujuannya adalah untuk bercinta. Bercinta dengan apa? Bercinta dengan ilmu. Ilmu apa? Ilmu cinta.

College Memoria


Nama: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah
Kelas: Fizikal 8 Praktikum 2 (F8P2)
Bilik: Aiseh tak ingat la. Yang aku tau Aras 3 Blok B4

Tenaga Pengajar Semester 1, 2004

1. Matematik - En ?? Lawak beliau sukar difahami. Lepas 3 minit baru kita boleh gelak.

2. Fizik - En ??. Lembut-lembut orangnya.

3. Kimia - Pn Mimi Azarina & Pn Wan Nor Izana. Wan Nor Izana memang best, cumil pulak tu. Bersemangat je aku datang kelas. Presentation slaid dia mesti dihiasi gambar-gambar bunga, ikan, senang cerita flora & fauna semua ada. Lab report tinggal isi tempat kosong je. Handouts pulak semua orang dapat free. Terbaik la.

4. Agama Islam - Ustazah ??. Ustazah yang sungguh cumil. Beliau suka sebut nama aku. Aku pun blushing la. Hehe.

5. Dinamika Kemahiran - En. Mohamed. Pandai berlawak dalam kelas.


Tenaga Pengajar Semester 2, 2005

1. Matematik - Cik ??. Garang sungguh beliau.

2. Fizik - En Kadir dan isterinya. Romantika balboa sungguh mereka ini.

3. Kimia - En Arul yang kacak & En Azrai yang hebat. Teknik pengajaran En Azrai memang berkesan.

4. English - Miss Pamelyn Tan Ai Hoon.

5. Hoki - Cik ??. Garang jugak dia ni. Kenangan terindah beliau adalah membawa tunang main hoki bersama-sama kami. Romantika balboa sungguh.

Fizikal 8 Praktikum 2


Fizikal 8 Praktikum 2 membawa maksud kumpulan kuliah Sains Fizikal nombor 8. Dalam kuliah ini ada 5 kumpulan praktikum. Setiap praktikum ada lebih kurang 24 orang. Aku masuk dalam Praktikum 2. Kuliah adalah kelas untuk pembelajaran manakala praktikum adalah kelas tutorial dan amali. Kalau korang tak faham lantak korang la.

Yanti - Civil Eng, UTHM
Dayah - USM
Suraya - UTHM
Shikin - UTHM
Siti - Medical Electronic Eng, UTM
Haza - USM
Syidah - Actuarial Science, UKM
Ain - Physics Education, UPSI
Urfiah - Mechanical Eng, Technology Park M'sia College
Jenny - Food Science & Nutrition, UKM
Iza - UTM
Joe - UMP
Chee Way - Architecture, UKM
Farid - Electrical Eng, UMP
Irfan - Mechanical Eng.(Petroleum), UTP. Gempak giler.
Daus - Bac. Physics, UiTM & Master Nanotechnology, UiTM
Hanis - USM
Rubaan - Medical, Crimean State Medical University, Ukraine. Buang karen je belajar fizik kat KMNS.
Fendi - Civil Eng, UTM
Aku - Electical Eng, UPM. Sengal je.
Atok - UTeM
Deng - ??
Amir - Telecommunication Eng, MMU

Kenangan berharga di KMNS:

1. Orentasi yang dahsyat. Budak laki dengan penampilan baju kemeja, seluar slack, kasut kulit hitam, siap pakai necktie, kena baring atas padang. Budak perempuan tak kena pulak. Bro fasi tu memang kurang ajar!

2. Percutian 3 hari 2 malam di Kem Lambaian Danau bersama Pak Let yang sengal. Mandi air lombong, jamban macam jamban pendatang haram, redah parit, masuk lumpur tapi seronok jugak. Grand Canyon ada kat sini.

3. Makan bersama Pamelyn Tan & persembahan pentomen. Cincai je buat.

4. Majlis makan perpisahan kelas, masa ni semua budak-budak minta maaf sebab banyak kutuk belakang. Kawan-kawan punya pasal, takde hal la. Small matter je tu.

5. Satu kelas kena marah dengan beliau sebab tak bawak lab manual. Hampir kena lari keliling padang di tengah hari yang panas sambil disaksikan beribu warga KMNS. Padahal kelas tu kelas tutorial, bukannya amali. Siapakah beliau yang dimaksudkan?



Universiti Pilihan:

1: Kejuruteraan Elektrik, UM
2. Kejuruteraan Kimia, UM
3. Kejuruteraan Elektrik, UPM
4. Kejuruteraan Elektrik, UKM
5. Kejuruteraan Elektrik, UTM
6. Kejuruteraan Kimia, UTM
7. Tak ingat la
8. Tak ingat jugak

Sebab-sebab aku buat pilihan sebegitu rupa:

1. Aku nak universiti yang kat Klang Valley, dekat dengan rumah. Hehe. Aku dah penat belajar jauh-jauh masa sekolah menengah dulu. Nanti boleh la tau serba sedikit selok belok Klang Valley ni, senang masa nak kerja nanti.

2. USM lansung tak ada dalam senarai pemilihan sebab USM ada Kampus Kejuruteraan sendiri, terpisah jauh dari main campus kat seberang selat tu. Susah la nanti nak usha awek-awek cumil dari fakulti lain

3. Syarat layak memohon Bac. Kejuruteraan UKM ialah 3.00, kalau tak silap aku la masa tu. UPM pulak 3.35 kot. So, aku budget Kejuruteraan UPM bagus la dari UKM. Lagi satu, Kejuruteraan UKM pakai Bahasa Melayu, UPM pakai Inggeris. Tapi BI macam unta jugak sampai sekarang. CGPA pun sama macam unta.

4. UTM bagus, tapi jauh. UM nama dah mahsyur satu dunia, ranking pun bagus, tapi tu kos lain yang buat UM bagus rasanya.

High Skool Rocka

Name: SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam & Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam, Selangor

Form:
1 Agama & Dorm A4, 1999
2 Agama & Dorm A3, 2000
3 Agama & Dorm A4, 2001
4 Sains IT & Dorm A6, 2002
5 Sains IT & Dorm A1, 2003


Aku sekolah kampung je beb. Tak hebat macam korang sume, sekolah kat MRSM la, Sekolah Sains la, SBP la, Aminuddin Baki la, macam-macam lagi la sekolah ternama kat Malaysia ni. Nasib badan.

Old Skool Rocka

Aku sebenarnya tak tau nak tulis apa kat blog ni. Aku rasa baik aku buat rekod peribadi aku sendiri. Saja suka-suka. Kalau korang baca blog aku ni memang sampah sungguh. Lebih baik korang jangan baca. Aku buat blog ini untuk aku sorang je baca, ok..!

Nama Sekolah:
SK Jenjarom & SR Agama Jenjarom, Kuala Langat, Selangor

Kelas:
1 Melor & Ba, 1993
2 Melor & Ba, 1994
3 Bijak Bistari & Ba, 1995
4 Hemah Tinggi & Ba, 1996
5 Hemah Tinggi & Ba, 1997
6 Hemah Tinggi & Jannatul Firdaus, 1998


Terlalu banyak kenangan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata, sebab banyak yang aku dah lupa. Gambar pun tak banyak. Nak lagi best, korang tengok kat blog Ex Sekolah Kebangsaan Jenjarom


Kenangan Silam

1. Masa darjah 1, ramai budak yang berak dalam seluar. Pastu nangis pulak. Kalau aku ingat la lagi nama korang yang berak tu, memang aku tulis nama korang dengan gambar sekali aku letak.

2. Darjah 5, rombongan pengawas ke Pusat Sains Negara. Pastu mandi air terjun Sg. Tekala.

3. Darjah 5, main ping pong dalam makmal Kemahiran Hidup. Cikgu Fadhil bagi lesen. Cayalah cikgu..!

4. Darjah 5, main rounders masa PJ. Faizal pukul bola, bola kena muka Cik Adik Manis. Beliau menangis di tempat kejadian. Ciannya. Kejadian ini menggemparkan penduduk kampung. Siapakah Cik Adik Manis yang dimaksudkan?

5. Darjah 5, kat library. XX duduk atas kerusi. Pastu dia berdiri kejap. Razi tarik kerusi beliau. Beliau pun terus nak duduk, apalagi terduduk atas lantai la. Laporan polis terus di buat oleh pihak XX. Razi kena marah dengan cikgu. Cayalah bro..!Siapakah XX yang dimaksudkan? hint: XX adalah pasangan kromosom homolog

6. Darjah 6, jamuan pengawas makan KFC. Tak pernah di buat oleh kelas-kelas lain. Dahsyat la.

7. Darjah 6, main carrom dan chess kat 6BB.

8. Darjah 6, cikgu suruh buat karangan BM sampai 120 tajuk tapi satu pun cikgu tak check.

9. Takde idea la. Nanti kalau aku ingat balik aku tambah.

Thursday, December 11, 2008

Malaysian Football

We are a great loser. Our national football team failed in Suzuki AFF Cup (formerly known as ASEAN Cup). Win over Laos 3-0, beaten by Vietnam 3-2 and Thailand 3-0, enough to send our jaguh kampung back to Kuala Lumpur, disqualified to go semi final.



Here are the steps that must be taken to improve the quality and performance of our National Team in any international matches:

1. Replace coach B. Sathianathan with Sir Alex Ferguson of MU

2. Give Malaysian citizenship to goalkeeper Petr Cech of Chelsea and Cristiano Ronaldo of MU

3. Don't use Nike, Adidas or any other branded jersey. Use the cap ayam only, so that they will be humble

4. Our national player must training from 8 am until 5 pm, Monday to Friday. Sabtuday half day ok...!

5. Train 3 players to be the freekick specialist, as good as David Beckham

6. Train 3 players to be the cornerkick specialist, as good as Frank Lampard

7. Train 3 players to be the long distance shooter specialist, as good as Steven Gerrard

8. Train 3 players to be the playmaker, as good as Zinedine Zidane

9. Find 3 talented sticker as big as Didier Drogba

10. All players must be 'master' to take the penalty shoots

Moral of the story....NO PAIN NO GAME