Friday, December 12, 2008
College Memoria
Nama: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah
Kelas: Fizikal 8 Praktikum 2 (F8P2)
Bilik: Aiseh tak ingat la. Yang aku tau Aras 3 Blok B4
Tenaga Pengajar Semester 1, 2004
1. Matematik - En ?? Lawak beliau sukar difahami. Lepas 3 minit baru kita boleh gelak.
2. Fizik - En ??. Lembut-lembut orangnya.
3. Kimia - Pn Mimi Azarina & Pn Wan Nor Izana. Wan Nor Izana memang best, cumil pulak tu. Bersemangat je aku datang kelas. Presentation slaid dia mesti dihiasi gambar-gambar bunga, ikan, senang cerita flora & fauna semua ada. Lab report tinggal isi tempat kosong je. Handouts pulak semua orang dapat free. Terbaik la.
4. Agama Islam - Ustazah ??. Ustazah yang sungguh cumil. Beliau suka sebut nama aku. Aku pun blushing la. Hehe.
5. Dinamika Kemahiran - En. Mohamed. Pandai berlawak dalam kelas.
Tenaga Pengajar Semester 2, 2005
1. Matematik - Cik ??. Garang sungguh beliau.
2. Fizik - En Kadir dan isterinya. Romantika balboa sungguh mereka ini.
3. Kimia - En Arul yang kacak & En Azrai yang hebat. Teknik pengajaran En Azrai memang berkesan.
4. English - Miss Pamelyn Tan Ai Hoon.
5. Hoki - Cik ??. Garang jugak dia ni. Kenangan terindah beliau adalah membawa tunang main hoki bersama-sama kami. Romantika balboa sungguh.
Fizikal 8 Praktikum 2
Fizikal 8 Praktikum 2 membawa maksud kumpulan kuliah Sains Fizikal nombor 8. Dalam kuliah ini ada 5 kumpulan praktikum. Setiap praktikum ada lebih kurang 24 orang. Aku masuk dalam Praktikum 2. Kuliah adalah kelas untuk pembelajaran manakala praktikum adalah kelas tutorial dan amali. Kalau korang tak faham lantak korang la.
Yanti - Civil Eng, UTHM
Dayah - USM
Suraya - UTHM
Shikin - UTHM
Siti - Medical Electronic Eng, UTM
Haza - USM
Syidah - Actuarial Science, UKM
Ain - Physics Education, UPSI
Urfiah - Mechanical Eng, Technology Park M'sia College
Jenny - Food Science & Nutrition, UKM
Iza - UTM
Joe - UMP
Chee Way - Architecture, UKM
Farid - Electrical Eng, UMP
Irfan - Mechanical Eng.(Petroleum), UTP. Gempak giler.
Daus - Bac. Physics, UiTM & Master Nanotechnology, UiTM
Hanis - USM
Rubaan - Medical, Crimean State Medical University, Ukraine. Buang karen je belajar fizik kat KMNS.
Fendi - Civil Eng, UTM
Aku - Electical Eng, UPM. Sengal je.
Atok - UTeM
Deng - ??
Amir - Telecommunication Eng, MMU
Kenangan berharga di KMNS:
1. Orentasi yang dahsyat. Budak laki dengan penampilan baju kemeja, seluar slack, kasut kulit hitam, siap pakai necktie, kena baring atas padang. Budak perempuan tak kena pulak. Bro fasi tu memang kurang ajar!
2. Percutian 3 hari 2 malam di Kem Lambaian Danau bersama Pak Let yang sengal. Mandi air lombong, jamban macam jamban pendatang haram, redah parit, masuk lumpur tapi seronok jugak. Grand Canyon ada kat sini.
3. Makan bersama Pamelyn Tan & persembahan pentomen. Cincai je buat.
4. Majlis makan perpisahan kelas, masa ni semua budak-budak minta maaf sebab banyak kutuk belakang. Kawan-kawan punya pasal, takde hal la. Small matter je tu.
5. Satu kelas kena marah dengan beliau sebab tak bawak lab manual. Hampir kena lari keliling padang di tengah hari yang panas sambil disaksikan beribu warga KMNS. Padahal kelas tu kelas tutorial, bukannya amali. Siapakah beliau yang dimaksudkan?
Universiti Pilihan:
1: Kejuruteraan Elektrik, UM
2. Kejuruteraan Kimia, UM
3. Kejuruteraan Elektrik, UPM
4. Kejuruteraan Elektrik, UKM
5. Kejuruteraan Elektrik, UTM
6. Kejuruteraan Kimia, UTM
7. Tak ingat la
8. Tak ingat jugak
Sebab-sebab aku buat pilihan sebegitu rupa:
1. Aku nak universiti yang kat Klang Valley, dekat dengan rumah. Hehe. Aku dah penat belajar jauh-jauh masa sekolah menengah dulu. Nanti boleh la tau serba sedikit selok belok Klang Valley ni, senang masa nak kerja nanti.
2. USM lansung tak ada dalam senarai pemilihan sebab USM ada Kampus Kejuruteraan sendiri, terpisah jauh dari main campus kat seberang selat tu. Susah la nanti nak usha awek-awek cumil dari fakulti lain
3. Syarat layak memohon Bac. Kejuruteraan UKM ialah 3.00, kalau tak silap aku la masa tu. UPM pulak 3.35 kot. So, aku budget Kejuruteraan UPM bagus la dari UKM. Lagi satu, Kejuruteraan UKM pakai Bahasa Melayu, UPM pakai Inggeris. Tapi BI macam unta jugak sampai sekarang. CGPA pun sama macam unta.
4. UTM bagus, tapi jauh. UM nama dah mahsyur satu dunia, ranking pun bagus, tapi tu kos lain yang buat UM bagus rasanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment