Friday, December 12, 2008

1st Year in UPM

Aku dapat Bacelor Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (BKEE), UPM Serdang. 50 minit je dari rumah dengan halaju malar 90 km/j.
Kediaman: Kolej 10
Bilik: 709
Tahun: 2005/2006

Fakulti Kejuruteraan UPM


Gambar kat atas ni adalah pemandangan Fak. Kejuruteraan dari Kolej Kediaman ke-10. Depan kolej aku je. Pergi kelas jalan kaki.



Coursemate aku, Tahun 1 Bac. Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, 64 orang semuanya. Pojie takde dalam gambar, ponteng kelas, alasan tangan terpeleot main futsal. Goalkeeper negeri la katakan.

Kolej Kediaman ke-10


Nama kolej ini meniti di setiap bibir gadis-gadis UPM. Kredibiliti, reputasi dan prestasi kolej ini tiada tandingnya. Dengan ketinggian 7 tingkat, kolej ini memegang rekod kolej kediaman tertinggi di IPTA seluruh dunia, yang mana ia dilengkapi 4 buah lif berkuasa kuda 100 bhp. Mampu menampung sehingga 800 pelajar dalam satu-satu masa.


Apartment 709, pernah merangkul Anugerah Bilik Terindah Kolej 10 untuk 2 semester berturut-turut. Meja study di bilik ini sentiasa kemas, menandakan kedua-dua penghuninya tidak pernah study. Atas kejayaan ini, mereka diberikan greencard untuk membawa cerek air.

Merentas Kampus


Pihak UPM menganjurkan acara merentas kampus ini dengan tujuan pelajar perempuan boleh berkenal-kenalan dengan pelajar lelaki.

Majlis Buka Puasa BKEE


Semua muslim BKEE, Tahun 1 - 4 hadir, kecuali dot dot dot. Habis sembahyang tarawih, pelajar akan bermesra-mesra dengan pensyarah, dengan harapan dapat pancing minta naikkan markah.

Ceramah di UIA


Terpaksa mengikuti ceramah di UIA semata-mata untuk mendapatkan merit. Merit konon-kononnya penting untuk stay college pada tahun depan. Takde maknanya..!

Steamboat


Merempit dari Serdang ke Restoren Nelayan Bangi untuk melantak udang.

Berkelah di Sg. Congkak


Sebahagian daripada coursemate aku, buat barbeque ayam, makan macam-macam pastu berendam.

Universiti Perempuan Malaysia


Ramai sungguh gadis-gadis cumil di UPM. Tapi, ingat kembali apa tujuan mak ayah hantar kita belajar di universiti. Tujuannya adalah untuk bercinta. Bercinta dengan apa? Bercinta dengan ilmu. Ilmu apa? Ilmu cinta.

No comments: