Friday, December 12, 2008

2nd Year in UPM

Tahun: 2006 & 2007

Apartment 551 Kolej 10


Apartment ini memang kemas, maka tidak hairanlah Piala Pusingan Apartment Terbersih Kolej 10 kekal ditangan penghuninya. Komputer beliau dalam proses upgrading. Tak lama lagi komputer beliau akan jadi supercomputer.


EE Games '06


Electrical Engineering Games adalah acara tahunan yang melibatkan perlawanan sukan antara tahun 1,2,3 dan 4. Acara yang dipertandingkan ialah futsal jejaka, futsal gadis dan bola tampar campuran.



Merdeka '06


Sambutan kemerdekaan diraikan dengan semangat inkuiri dan patriotik. Tiada sebarang kekecohan dilakukan oleh mereka.



Jamuan Kelas '06


Jamuan ini untuk semua warga EE 2nd year. Lepas makan setiap kumpulan kena buat persembahan yang merapu. Persembahan serius tak dibenarkan.



Raya Rumah Mardiah '06


Gambar di atas menunjukkan betapa peritnya 7 orang dewasa menaiki kereta sedan En. Spam. Seorang driver, 2 orang di sebelah driver dan 4 orang di belakang. Kereta tak ada air-cond pulak tu. Nak dijadikan cerita, hari hujan lebat la pulak. Panas macam dalam oven (panas lagi kat neraka). Pastu dandan la pulak, minyak nak habis. Dahsyat sungguh dugaan-Mu.



Jamuan Raya BKEE '06


Budak-budak kat atas ni paling banyak rembat satay. Paling busuk pun seorang makan 15 cucuk. Bayar 5 hengget je pulak tu. Siot la korang.



KL FESPIC Games '06


FESPIC Games membawa maksud Sukan OKU Asia Pasifik. Aku jadi sukarelawan sebagai AJK pengangkutan. Kerja kat Hotel Summit, USJ. Sehari dapat 30 hengget, tido free, makan free kat hotel tu. Kalau makan kat hotel tu korang faham-faham la tahap kelazatannya. Makan la banyak mana pun. Kerja 10 hari je. 10 hari darab 30 hengget sama dengan berapa? Tak ke 300 ribu hengget..! Kayo pakcik.



Banjir di Johor


Misi membantu mangsa banjir di Pagoh merupakan satu tugas amal. Mereka membantu dengan rela hati, tulus ikhlas dan niat suci tanpa mengharapkan merit untuk stay college mahupun untuk berkenal-kenalan dengan gadis-gadis kolej lain.



Engineering Games '07


Setiap course mengikut tahun 1-4 akan menghantar wakil dalam perlawanan bola sepak. Pasukan EE 2nd Year berjaya memenangi Anugerah Jersi Terbaik walaupun sekadar melayakkan diri ke suku akhir sahaja.



Putrajaya Power Station


Lawatan ke Putrajaya Power Station ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang operasi penjanaan elektrik dengan lebih dekat. Stesen ini menggunakan gas asli untuk menjana elektrik. Ramai orang tak faham macam mana elektrik dijana menggunakan petroleum. Yang mereka tau elektrik dijana dengan cara empangan hidro. Walhal 6.2% je elektrik dijana dari hidro. 72.8% dari gas asli, 16.3% dari arang batu, 4.0% dari petroleum dan 0.7% dari biomass.


Stesen Hidroelektrik
- air berarus deras dialirkan ke satu saluran
- aliran ini akan memutarkan turbin
- turbin akan membuat pemotongan flux
- elektrik akan terjana

Stesen Termal (gas, arang batu & petroleum)
- bahan api dibakar untuk mendidihkan air
- wap air akan terhasil
- wap air (tekanan tinggi) akan mengalir lalu memutarkan turbin
- turbin akan membuat pemotongan flux
- elektrik akan terjana

No comments: